Tuesday, September 28, 2010

Shima & Haidar | Kampung Pengantin, Setapak K.L | 25 September 2010

























SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT...!!!. Ucapan di tujukan kepada pasangan mempelai yang di raikan di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur. Majlis yang cukup meriah dengan kehadiran para jemputan. Majlis berlangsung skitar jam 8.30 malam & berakhir 4 jam selepas itu.

Monday, September 27, 2010

Mohammad & Riche | Wedding Dinner | 17 & 18 September 2010

















SELAMAT PENGANTIN BARU kami ucapkan kepada pasangan Mohammad Ali & Riche Pracilianatha yang berlangsung dengan amat meriah sekali di Bora Ombak, Ampang Selangor. Pasangan ini di ijabkabulkan pada 17 September 2010 di Masjid Bukit Indah, Ampang. Sekali lagi kami ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kami doakan semoga cepat-cepat dapat baby serta dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat.

Pre Wedding | Izayn & Marliana | Wangsa Maju | 16 September 2010

Pre Wedding yang berlangsung pada 16 September yang lepas bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju Kuala Lumpur. Menurut pasangan ini, di sekolah inilah mereka bertemu lalu jatuh cinta & pasangan ini akan bernikah pada 01 Oktober 2010 akan datang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk mengabadikan kenangan terindah anda...!!!
















Tuesday, September 14, 2010

Majlis Pertunangan Syazwani & Rezauddin | Putra Heights, Puchong Selangor | 12 September 2010

"Selamat Bertunang"...!!! kami ucapkan kepada Nurul Syazwani & Mohd Rezauddin, kami doakan semoga talian pertunangan anda membawa anda kejinjang pelamin seterusnya sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada bapa Syazwani iaitu En Shamsudin serta ahli keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan majlis pertunangan anak perempuan beliau.








Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Saya selaku tuan punya SPADELENS PHOTOGRAPHY ingin mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat handai, client-client, ahli keluarga dan bakal client yg selama ini telah memberikan sokongan yg penuh kepada saya dalam bidang fotografi ini. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun 10 jari untuk meminta AMPUN & MAAF kepada SEMUA jika ada terkasar bahasa, terlepas kata, tekutuk, terambil, termakan dll lagi semasa saya menjalankan tugas sebagai jurugambar di majlis anda. Kepada yg pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa menunggang, membonceng, memandu & juga menumpang kenderaan.

Akhir kata dari semua warga SPADELENS PHOTOGRAPHY.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, September 6, 2010